Dan boleh menjadikan aku rindu kepada Mu dan memberi aku minat pada apa yang disisi Mu dan catatkanlah bagiku (tentukanlah bagiku) disisi Mu keampunan dan sampaikanlah aku kepada kemuliaan (keramat) dari sisi Mu dan bahagiakanlah aku kesyukuran terhadap apa yang telah engkau beri nikmat dengannya atasku, maka sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan selain Engkau yang satu lagi tunggal yang tinggi lagi punya daya cipta yang memulakan dan mengembalikan yang maha mendengar lagi mengetahui yang tiada bagi urusan Mu tertolak (penolakkan) dan tiada dari ketentuan Mu yag terhalang, dan aku bersaksi bahawa Engkaulah tuhanku dan tuhan segala sesuatu, pencipta langit-langit dan bumi, maha mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, yang maha tinggi lagi besar dan maha meninggi (1- Dibaca surah Al-Ikhlas 3 x) Ya Allah sesungguhnya aku memohon dari Mu ketetapan dalam urusan dan keteguhan azam/kekuatan di atas kewarasan fikiran/petunjuk (jalan yang betul) dan kesyukuran atas nikmat-nikmat Mu dan aku memohon dari Mu akan kebaikan …..
ibadat terhadap Mu dan aku memohon dari Mu, dari kebaikan segala yang Engkau tahu dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan segala yang Engkau tahu, dan aku memohon ampun dari Mu, dari kejahatan segala yang Engkau tahu, sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib, dan aku memohon dari Mu, untukku dan dan keluargaku serta saudara-saudaraku seluruhnya, akan keamanan dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan segala sesuatu yang jahat dan tipu helah setiap yang menipu dan kezaliman segala yang zalim dan sihir setiap yang menyihir (tukang sihir) dan pelampauan setiap yang melampaui. Dan hasad dengki segala yang dengki dan pengkhianatan segala yang khianat dan tipu daya segala yang menipu daya (buat perangkap) dan permusuhan segala yang memusuh (seteru) dan tikaman setiap yang menikam, dan hasutan setiap yang menghasut dan helah setiap yang berhelah dan ejekan setiap yang mengejek dan perseteruan setiap yang berseteru.
Ya Allah, dengan Mu aku mengamuk terhadap musuh dan sekutu-sekutu, dan akan di Kau aku berharap akan kedekatan
orang-orang yang tersayang dan para wali dan orang-orang yang hampir (muqarabbin) maka untuk Mu pujian atas apa yang aku tidak mampu menghitungnya serta membilangnya dari keuntungan-keuntungan keutamaan Mu, serta yang diketahui dari rezeki Mu. Serta berbagai jenis apa-apa yang telah Engkau berikan aku dengannya dari Limpahan Mu dan kemurahan Mu. Maka sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan selain dari Engkau yang telah tersebar luas dikalangan makhluk segala kepujian Mu, yang melebarkan (membentangkan) dengan kemurahan akan tangan Mu, tidak ada percanggahan dalam pemerintahan Mu dan tiada rebutan dalam urusan Mu dan kesultanan (kekuasaan) Mu dan kerajaan Mu, dan tiada sekutu (perkongsian) dalam ketuhanan Mu, dan tidak ada kekalutan dalam penciptaan makhluk Mu, Engkau memiliki dari makhluk alam, sebagai apa yang Engkau kehendaki, sedangkan mereka tidak pun memiliki diri Mu kecuali apa yang Engkau kehendaki.Ya Allah, sesungguhnya Engkau pemberi nikmat lagi pemberi keutamaan serta berkuasa dan penentu segala, yang perkasa lagi dipuja (disucikan) dengan pujian dalam cahaya.
kesucian yang Engkau salutinya dengan kemuliaan dan keindahan dan Engkau perbesarkan dengan kemuliaan dan ketinggian dan Engkau balut dengan kebesaran dan ketakburan (1-Dibaca Surah Al Ikhlas 3 x). Dan Engkau selubungi dengan cahaya dan sinaran. Dan Engkau perbesarkan (peragungkan) dengan kehebatan dan keindahan, untuk Mu anugerah yang lama (qadim) dan kekuasaan yang tinggi (mencakar langgit) dan kerajaan yang mewah serta kemurahan yang luas serta kekuasaan (qudrat) yang sempurna dan kebijaksanaan yang tinggi dan kemuliaan yang menyeluruh, maka untuk Mu segala pujian atas apa yang Engkau jadikan aku dari umat Muhammad Sallallahu A'lahi Wasallam, dan atas keluarganya juga (diselawat dan diberi salam), sedangkan dia adalah yang paling utama dikalangan anak Adam yang Engkau telah muliakan mereka dan telah Engkau tanggungkan mereka didaratan dan dilautan dan Engkau telah rezekikan mereka dari (rezeki) yang baik-baik. Dan Engkau telah utamakan mereka atas kebanyakan dari makhluk Mu, dengan pengutamaan. Dan Engkau telah menciptakan aku dalam keadaan mendengar..
melihat, sihat dan matang, sejahtera, afiat, dan tidak Engkau risaukan aku dengan kekurangan (kecacatan) pada badanku (yang boleh menghalangku) dari mentaati Mu, dan tidak pula dengan sebarang penyakit pada pancainderaku dan tidak pula kecacatan pada jiwaku dan akalku.
Dan Engkau tidak pernah menyekat aku dari kemurahan (kemuliaan) Mu terhadapku, dan keelokkan perbuatan Mu bagiku, dan kelebihan anugerahan Mu disisiku, serta nikmat-nikmat Mu atasku. Engkau (Tuhan) yang telah memperluaskan atasku di dunia ini akan rezeki, dan Engkau telah utamakan aku atas banyak dari ahlinya (ahli dunia termasuk haiwan dll) dengan kelebihan-kelebihan (keutamaan-keutamaan) maka Engkau jadikan bagiku pendengaran yang boleh mendengar ayat-ayat Mu, dan akal yang memahami keimanan Mu dan penglihatan yang yang dapat mengenali kebesaran Mu, Dan jantung (hati) yang dapat mengikat (mengiktiqad) tauhid Mu. Makasesungguhnya aku, bagi pengutamaan Mu atas ku menjadi saksi, memuji, bersyukur, dan bagi Mu jiwa ku yang berterima kasih (bersyukur) dan dengan hak (kebenaran) Mu ……
keatasku menjadi saksi, dan aku bersaksi bahawa Engkau hidup sebelum segala yang hidup dan hidup selepas segala yang mati dan hidup tidak mewarisi kehidupan dari yang hidup dan tidak pernah Engkau putuskan kebaikan Mu dari ku pada setiap waktu dan Engkau tidak pernah putuskan harapanku dan tidak pernah Engkau turunkan dengan ku siksaan-siksaan azab bencana . Dan tidak pernah Engkau ubah keatasku ikatan-ikatan nikmat dan tidak pernah Engkau halang dariku ketelitian/kehalusan penjagaan.
Seandainya aku tidak mengingati dari kebaikan (ihsan) Mu dan kenikmatan Mu keatasku, kecuali keampunan Mu tentang ku dan taufik (petunjuk) bagiku dan perkenan bagi doa ku ketika aku angkatkan suara ku dengan berdoa kepada Mu dan memuji Mu dan megesakan Mu dan mengagungkan Mu serta bertahlilkan (nama Mu) dan mengucap takbirkan dengan nama Mu, serta membesarkan Engkau. Dan kecuali pada penentuan Mu terhadap kejadian ku
ketika Engkau menggambarkan rupaku dan Engkau telah memperindahkan rupa paras ku, dan kecuali pada pembahagian rezeki ketika …….
Engkau telah menentukannya bagi ku nescaya akan adalah pada perkara itu apa yang merunsingkan fikiran ku kelelahan (kesesatan) maka, bagaimanakah apabila aku fikirkan pada nikmat-nikmat yang besar-besar yang aku sedang mengalaminya ? dan aku tidak sampai kepada kesyukuran sesuatu pun darinya. Maka untuk Mulah pujian-pujian, sebilangan apa yang dijaga oleh ilmu Mu dan berlari dengannya pena (Qalam) Mu dan terlaksana dengannya hukum Mu (perintah) di kalangan makhluk Mu. Dan sebilangan keluasan rahmat Mu dari semua makhluk Mu dan sebilangan apa yang diselubungi (diliputi) dengannya oleh kekuasaan (qudrat) Mu, dan berkali ganda apa yang Engkau perwajibkan dari semua makhluk Mu.
Ya Allah sesungguhnya aku mengakui nikmat-nikmat Mu, atasku (oleh itu) sempurnakanlah kebaikan (ihsan) Mu kepada ku pada apa yang masih tinggal lagi dari umurku, lebih besar, lebih sempurna, lebih elok dari apa yang Engkau telah beri ihsankan kepada ku pada masa-masa yang lalu, darinya dengan rahmat Mu ……
next ...
sumber : http://www.bicarasufi.com/bscweb/asas/hizib4.html