1.        Pengertian Fana       Kebanyakan        kitab-kitab tua seperti Kitab Syarah Hikam Ibni Athoillah As-Kandariah,        Kitab Manhal-Shofi, Kitab Addurul-Nafs dan lain-lain menggunakan        istilah-istilah seperti 'binasa'        dan 'hapus' untuk        memperihalkan tentang maksud fana. Ulama-ulama lainnya yang banyak        menggabungkan beberapa disiplin ilmu lain seperti falsafah menggunakan        istilah-istilah seperti 'lebur',        'larut', 'tenggelam' dan        'lenyap' dalama usaha mereka        untuk memperkatakan sesuatu tentang 'hal' atau 'maqam' fana ini.
       Di dalam Kitab        Arrisalah al-Qusyairiah disebutkan erti fana itu ialah;
              Lenyapnya sifat-sifat        basyariah(pancaindera)
       Maka        sesiapa yang telah diliputi Hakikat Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat        daripada Alam baharu, Alam rupa dan Alam wujud ini, maka dikatakanlah ia        telah fana dari Alam Cipta. Fana bererti hilangnya sifat-sifat buruk        (maksiah lahir dan maksiat batin) dan kekalnya sifat-sifat        terpuji(mahmudah). Bahawa fana itu ialah lenyapnya segala-galanya, lenyap        af'alnya/perbuatannya(fana fil af'al), lenyap sifatnya(fana fis-sifat),        lenyap dirinya(fan fiz-zat)
       Oleh kerana inilah        ada di kalangan ahli-hali tasauf berkata:
              "Tasauf itu ialah mereka        fana dari dirinya dan baqa dengan Tuhannya kerena kehadiran hati mereka        bersama Allah".
       Sahabat Rasulullah        yang banyak memperkatakan tentang 'fana' ialah Sayyidina Ali, salah        seorang sahabat Rasulullah yang terdekat yang diiktiraf oleh Rasulullah        sebagai 'Pintu Gedung Ilmu'.        Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang fana. Antaranya :
              "Di dalam fanaku,        leburlah kefanaanku, tetapi di dalam kefanaan itulah bahkan aku        mendapatkan Engkau Tuhan".
       Demikianlah 'fana;        ditanggapi oleh para kaun sufi secara baik, bahkan fana itulah merupakan        pintu kepada mereka yang ingin menemukan Allah(Liqa Allah) bagi yang        benar-benar mempunyai keinginan dan keimanan yang kuat untuk bertemu        dengan Allah(Salik). Firman Allah yang bermaksud:
       "Maka barangsiapa        yang ingin akan menemukan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan        amalan Sholeh dan janganlah ia mempersekutukan siapapun dalam beribadat        kepada Allah (Surah Al-Kahfi:)
       Untuk mencapai liqa        Allah dalam ayat yang tersebut di atas, ada dua kewajiban yang mesti        dilaksanakan iaitu:
       -                   Pertamanya mengerjakan amalan sholeh dengan menghilangkan semua-          sifat-sifat yang tercela dan menetapkan dengan sifat-sifat yang terpuji          iaitu Takhali dan Tahali.          
-                   Keduanya meniadakan/menafikan segala sesuatu          termasuk dirinya sehingga yang benar-benar wujud/isbat hanya Allah          semata-mata dalam beribadat. Itulah          ertinya memfanakan diri.        
Para Nabi-nabi dan        wali-wali seperti Sheikh Abu Qasim Al-Junaid, Abu Qadir Al-Jailani , Imam        Al-Ghazali, Ab Yazid Al-Busthomi sering mengalami keadaan "fana" fillah        dalam menemukan Allah. Umpamanya Nabi Musa alaihisalam ketika ia sangat        ingin melihat Allah maka baginda berkata yang kemudiannya dijawab oleh        Allah Taala seperti berikut;
              "Ya Tuhan, bagaimanakah        caranya supaya aku sampai kepada Mu? Tuhan berfirman: Tinggalkan        dirimu/lenyapkan dirimu(fana), baru kamu kemari."
              2. Kata-kata        Hikmah Dari Wali-wali Allah yang telah mengalami FANA
       Ada seorang bertanya        kepada Abu Yazid Al-Busthomi;
       -          "Bagaimana tuan          habiskan masa pagimu?". Abu Yazid menjawab:         "Diri saya telah hilang(fana) dalam          mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang".          
-          Satu ketika Abu          Yazid telah ditanyai orang bagaimanakah kita boleh mencapai Allah.          Beliau telah menjawab dengan katanya:          
-                   "Buangkanlah diri          kamu. Di situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang          melenyapkan(fana) dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu          segala-galanya".          
-          Beliau pernah          menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya;          
-                   Apabila Allah          memfanakan saya dan membawa saya baqa dengaNya dan membuka hijab yang          mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika          itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa-apa. Hijab          diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa          pertolongan sebarang panca indera. Kemudian Allah kurniakan saya mata          Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya          adalah di dalam Dia juga."        
       Al-Junaid Al-Bagdadi yang        menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah        membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut:
       -                   Kamu tidak mencapai baqa(kekal dengan Allah) sebelum melalui fana(hapus          diri)          
-                   Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan 'mematikan diri' ialah          kesufian.          
-                   Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia          memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu          pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.        
       3. Himpunan        Kata-kata Hikmat Tentang Fana
              A. Sembahyang orang yang cinta        (mahabbah) ialah memfanakan        diri sementara sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.
              B. Setengah mereka yang        fana (lupa diri sendiri) dalam satu tajali zat dan kekal dalam        keadaan itu selama-lamanya. Mereka adalah Majzub yang hakiki.
              C. Sufi itu mulanya satu titik        air dan menjadi lautan. Fananya        diri itu meluaskan kupayaannya. Keupayaan setitik air menjadi keupayaan        lautan.
              D. Dalam keadaan        fana, wujud Salik yang terhad        itu dikuasai oleh wujud Allah yang Mutlak. Dengan itu Salik tidak        mengetahui dirinya dan benda-benda lain. Inilah        peringkatWilayah(Kewalian). Perbezaan antara Wali-wali itu ialah        disebabkan oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang merasai        keadaan fana itu satu saat, satu jam, ada yang satu hari an seterusnya.        Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majzub. Mereka        masuk ke dalam satu suasana dimana menjadi mutlak.
              E. Kewalian ialah melihat Allah        melalui Allah. Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. Dalam        kewalian tidak ada bayang makhluk yang wujud. Dalam kenabian makhlik masih        nampak di samping memerhati Allah. Kewalaian ialah peringakat        fana dan kenabian ialah peringkat baqa
              F. Tidak ada pandangan yang        pernah melihat Tajalinya Zat. Jika ada pun ia mencapai Tajali ini, maka        ianya binasa dan fana kerana        Tajali Zat melarutkan semua cermin penzohiran. Firman Allah yang bermaksud        :
              Sesungguhnya Allah        meliputi segala-galanya.(Surah Al-Fadhilah:54)
              G. Tajali bererti menunjukkan        sesuatu pada diriNya dalam beberapa dan berbagai bentuk. Umpama satu biji        benih menunjukkan dirinya sebgai beberapa ladang dan satu unggun api        menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api.
              H. Wujud alam ini        fana (binasa) dalam wujud        Allah.Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur:35 yang bermaksud;
              "Cahaya atas cahaya,        Allah membimbing dengan cahayanya sesiapa yang dikehendakinya." dan "Allah        adalah cahaya langit dan bumi."
              I.        Muraqobah        ialah memfanakan hamba        akan afaalnya dan sifatnya dan zatnya dalam afaal Allah, sifat Allah dan        zat Allah.
              J.        Al-Thomsu atau hilang iaitu hapus segala tanda-tanda sekelian        pada sifat Allah. Maka iaitu satu bagai daripada        fana.
              5. Tajuk-tajuk        yang berkaitan dengan Fana
                     4. Pesanan        Dari Suluk
              Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan thorikat belum betul        lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena        tidak betul keadaannya.
       Dari itu        saudara-saudaraku anda seharusnya banyak menuntut dan mendalami ilmu-ilmu        agama yang berkaitan dengan syariat , usuluddin dan asas tasauf untuk        mendekatkan diri dengan Allah .
sumber : http://hikmah.sitesled.com/sufi/bicara_sufi-fana.htm